Tuesday, June 30, 2009

KEJUTAN BUDAYA...

SAYA TERMENUNG SEJENAK KALA DIAJUKAN SOALAN OLEH EPAH,SEWAKTU BERTEMU DIA YANG BERKUNJUNG KE POLISAS, KUANTAN HUJUNG MINGGU LEPAS, SAMAADA SAYA MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA ATAU TIDAK DUDUK DI KUANTAN ... MAKLUMLAH DARI PUCHONG YANG SERBA SERBI MUDAH DAN SELESA , TIBA-TIBA DUDUK DI KUANTAN, BANDAR BESAR JUGA TAPI TIDAK SEBESAR PUCHONG...

BAGI SAYA TIDAKLAH TERKEJUT SANGAT KERANA ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA...
- ASPEK KEDIAMAN, SINI KENALAH SEWA LAINLAH KAT PUCHONG RUMAH SENDIRI.
-LALUAN KE SEKOLAH, SINI SAYA MELALUI JALAN SUSUR PANTAI YANG INDAH... DAN YANG PENTING TAK BAYAR TOL , YEEA..
- KEMUDAHAN, OK LAH TAK PAYAH BELI KAT PASARAYA JIMAT SIKIT, KAT PUCHONG GI JUSCO SAJA MAKLUMLAH DEKAT.
-SEKOLAH..HAHA BANYAK SANGAT BEZANYA SANA SEKOLAH BESAR 1600 MURID BANDING SINI MURID HANYA 151 ORANG SAJA, TAPI KERJA TETAP SAMA TANGGUNGJAWABNYA...KENA BERSEDIA TAKUT NAZIR DATANG!!! HA INI SAMA SAJA SEBAB KAT PUCHONG DEKAT DENGAN KPM,PUTRAJAYA BILA-BILA MASA MEREKA BOLEH SINGGAH. DI SINI PULAK MERUPAKAN "SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR" SO JADI TUMPUAN JUGAK BAGI NAZIR DAN JPNP RUPANYA DAN RASANYA DAH BIASA DAH...

APA-APA PUN DI MANA-MANA KITA BERTUGAS DAN BERHIJRAH, JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA PADA AGAMA , BANGSA DAN NEGARA...BERKHIDMAT UNTUK NEGARA... (MAAF LUM DAPAT MASUKKAN GAMBAR )

Sunday, June 28, 2009

AYAHANDA DAN BONDA


AYAHANDA ZAINAL BIN ZAKARIA DAN BONDA NORSIAH BT HARON. BAJU SEDONDON NAMPAKNYA. MOGA SIHAT SEJAHTERA SENTIASA HENDAKNYA... AMIN

Saturday, June 27, 2009

GOSOK GIGI

JURURAWAT SEDANG MENUNJUKKAN CARA MENGGOSOK GIGI YANG BETUL KEPADA MURID-MURID PRASEKOLAH PADA BULAN MAC LALU. TERIMA KASIH KEPADA JURURAWAT DARIPADA KLINIK KESIHATAN BESERAH.


GOSOK BETUL-BETUL YEA...


GOSOK JANGAN TAK GOSOK...

Thursday, June 25, 2009

BUKAN MUDAH...

Semua yang saya lakukan bukan mudah, dalam satu masa ada 5 tangungjawab harus dipikul:
1. Isteri polis
2. Ibu kepada 4 anak
3. Pekerja sebagai guru
4. Pelajar oum
5. Anak kepada ibu bapa tercinte
Kadang-kadang terasa diri macam nak tumbang tapi ingat... perjuangan anda belum selesai...walaupun terasa di luar kemampuan namun masih ramai yang lebih hebat kemampuannya di luar sana... Oleh itu cekalkan hatimu selalu...
Sekadar motivasi diri sendiri...hehehe


Sunday, June 21, 2009

PRASEKOLAH SK CHEROK PALOH

Gambar anak-anak didik prasekolah saya tahun ini.. Mereka amat bijak dan patuh kepada guru. Waktu main..biasalah kanak-kanak jangan disekat naluri kanak-kanak. Nak tahu apa kat belakang tu? Itu ialah Skrin I-Pintar yang dibekalkan untuk SK Cherok Paloh iaitu terdapat 4 buah kesemuanya dan berada di kelas tahun 1,2,6 dan Prasekolah. Ianya fleksibel kerana mengandungi berbagai perisian dan boleh diguna sebagai whiteboard.. Inilah keistimewaan dan pengalaman baru saya mengajar di sini, di bandar pun saya tak berpeluang menggunakan Skrin ini, saya akan guna kelebihan ini untuk kepentingan anak-anak didik saya di sini.. Insya Allah

Wednesday, June 17, 2009

MESS NIGHT KPSL 2008

Kenangan semasa mess night di Hotel Nikko , KL setelah abang tamat latihan Kursus Inspektor Polis sesi januari 2008, tamat pada jun 2008.. Detik yang mendebarkan kala abang posting di IPD Kuantan mula Julai 2008... bermakna kami akan berhijrah bersama ke Kuantan.. inilah lumrah kehidupan sentiasa akur dengan masa dan keadaan, jikalau inginkan perubahan perlu ada pengorbanan... bagi saya meninggalkan Puchong adalah pengorbanan yang amat perit juga kerana telah berada selama hampir 12 tahun di sana.. 1 januari 2009 kami memulakan rutin baru di Kuantan.. Alhamdulillah.

KAWAN LAMA DI SK PUCHONG...


Masih ingat lagi kawan di SK Puchong,Bt 14, kenangan sewaktu Hari Graduasi Prasekolah 2008 bersama Rakiah guru prasekolah yang sentiasa mantain comel, PPM pra Akma dan Aisyah yang cun-cun belaka serta Ustazah Salmah, Ustazah Sabariah dan Kak Ana yang tidak jemu berada di sisi guru prasekolah, nampaknya Nor Azzura tiada dalam gambar,mungkin sibuk ketika itu maklumlah akhir tahun... Kenangan bersama tak mungkin dapat saya lupakan... Terima kasih semua

SOLOSAI SUDAH...

Aiii menung pulak ke bang tih ngan angah ? Masing-masing dgn beg hadiahnya... Tengah sakit la tu, ubat pelali dah abis..

Alhamdulillah solosai sudah salah satu agenda ponting dalam diari hidup sayo suami iseri iaitu menyunatkan anak-anak teruna saya.. Firdaus, Syafiq dan Farhan telah bersunat ada 6 jun 2009 lepas, Alhamdulilah sekarang dah pun sihat dan kembali ke sekolah..

Kepada sanak saudara yang telah terlibat dalam kenduri berkhatan anak2 sayo ini, sey ucapkan terima kasih... hanya Allah sajo yang dapat balas budi tuan puan sumo..