Monday, July 27, 2009

JULAI OH JULAI...


Di hadapan Riverside Resort , Pantai Cherating...tempat kami menginap semasa Hari Keluarga Bah. Narkotik, IPD Kuantan..

Acara untuk anak-anak..bawa telur dalam sudu..


BULAN INI MERUPAKAN BULAN YANG PALING MEMENATKAN KEPALAKU KERANA AKU PERLU MENYIAPKAN 3 ASSIGNMENT OUM DAN PERLU DI HANTAR KEPADA PENSYARAH PADA TUTORIAL KE 5 PADA 25 JULAI 2009..

DALAM WAKTU YANG SAMA AKU MASIH INGIN MELUANGKAN MASA UNTUK HARI KELUARGA POLIS BAGI CAWANGAN NARKOTIK IPD KUANTAN PADA 18 JULAI 2009 WALHAL KERJA MASIH BELUM SIAP..

DI SEKOLAH JUGA ADA BANYAK PROGRAM IAITU PROGRAM BAKTISISWA UIAM PAHANG BERSAMA MURID TAHUN 6 DARI 24-26 JULAI, AKU SEBAGAI JAWATANKUASA MAKANAN DAN MERUPAKAN BENDAHARI PIBG TAPI TIDAK DAPAT HADIR DISEBABKAN INGIN MENGHADIRI TUTORIAL 5 DI IPGM, KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA (ipba) , CABARAN PADA AKU LAGI KERANA KELAS BERADA JAUH DI LEMBAH PANTAI.

JAM 12,30 PAGI 25 JULAI AKU MENAIKI BAS KUANTAN-KL DAN SAMPAI PADA JAM 4.00 PAGI, AKU TERUS KE IPBA DAN MENUNGGU SIANG DI SURAU IPBA . JAM 8.00 HINGGA 2.45 PETANG ADA KLAS. TIKET BALIK KE KUANTAN IALAH JAM 5.30 PTG TU JUGA. APALAGI DALAM BAS ADALAH TEMPAT AKU MEREHATKAN KEPALA YANG PENAT DAN SARAT INI.

APA PUN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SUAMI TERCINTA KERANA MENJAGA ANAK-ANAK SEMASA KETIADAAN AKU DI RUMAH... PENGORBANANMU JUGA AMATKU HARGAI...


Tuesday, July 14, 2009

ADIK BERADIK...

gambar kami 3 beradik perempuan, alin yang depan tu, uji yang tengah tu dan aku kat belakang tu. Alin duk parit,perak, uji kat rembau dan aku di kuantan.. bila jumpa memang seronok dapat berorok org nogori cakap..

tu dia mak-mak sedara ict aku... guru-guru cemerlang yang menjadi contoh buat generasi kedua lah seperti aku ni... adik beradik mak aku.. induk pulak takde dalam gambar..

adik beradik 3pempuan anak mokngah kakcik , nisa dan nani.. yang belakang tu ahmad sobri dan zaidi.. 2 org adik lelaki aku dan sebelah tu yang pegang payung ialah faiz..anak acik leha

AKTIVITI PRASEKOLAH JAN- JUN 2009

Gambar sewaktu lawatan kerja Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan ke Prasekolah SK Cherok paloh pada 28 Feb, 2009.



Ini pula lawatan Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti , Kem. Pelajaran Malaysia, Dato" Abdul Ghafar bin Mahmud pada bulan Mei lalu.



Sewaktu mengadakan jamuan ringkas harijadi murid prasekolah pada bulan Mei lepas..



Barisan pemain futsal Prasekolah SKCP pada Kejohanan Bolasepak Mini Zon 3,Daerah Kuantan, walaupun tidak mendapat tempat murid dapat pengalaman ketika perlawanan diadakan. Kejohanan ini juga adalah yang pertama kali diadakan dalam Daerah Kuantan diselang selikan dengan Kejohanan Sukan Olahraga.


Kelihatan Cikgu Za, PPM SKCP yang tekun mengemaskini kad-kad bacaan KALAM, bersama beberapa murid pemulihan prasekolah...moga tahun depan tiada yang masuk kelas KIA2M.. tapi tak tentu juga, kami di prasekolah berusaha agar mereka dapat menguasai kemahiran 2M namun kemampuan pelajar juga perlu diambilkira... Bukan salah ibu mengandung...




Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan