SELAMAT DATANG KEPADA SANAK SAUDARA DAN RAKAN RAKAN, MOGA HALAMAN INI DAPAT MERAPATKAN SILATURRAHIM KITA, HARAP MAAF JIKA ADA KEKURANGAN.. TERIMA KASIH
Saya seorang guru di sk cherok paloh, kuantan.Saya baru bertukar dari Selangor, SK Puchong ke SK Cherok Paloh mulai 1 Januari 2009. Pengalaman mengajar hampir 17 tahun termasuk masa jadi guru sandaran hingga sekarang. Ini adalah sekolah ketiga saya mengajar selepas posting. Sekolah pertama adalah SK Serting 3 Felda, Bdr baru Serting, Ngeri Sembilan. Saya rasa pengalaman mengajar di tempat yang berlainan suasana amat mahal dan amat berharga sekali dalam hidup ini, kawasan Felda , bandar besar dan kawasan tepi pantai. Saya sentiasa mengambil pengajaran dari pengalaman yang dilalui. Wallahu Alam.